Thursday, June 30, 2011

Adakah Salah???

Soalan : Mazhab-mazhab fikah yang dijadikan rujukan dan panduan sehingga sekarang ini, ditulis entah kurun ke berapa dan mazhab-mazhab tersebut telah melalui zaman yang terlalu jauh dengan masa kini. Bolehkah kita merujuk kembali kepada hukum-hukum fikah dalam mazhab-mazhab tersebut, sedangkan Rasulullah mengarahkan kita untuk merujuk kepada dua sumber utama dalam ajaran Islam, dan dengan Al Quran dan Sunnah itu sendiri kita mampu mencari jawapan pada hukum-hukum mengenai persoalan feqh. Semoga jawapan Dato' merungkai kekeliruan ini. 
[Dijawab oleh Dato' Dr.Haron Din] - Kekeliruan anda adalah juga kekeliruan ramai orang sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana terpengaruh dengan kata-kata sesetengah ilmuan bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda (mafhumnya) : "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang kepada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Al Quranul Karim dan Sunnah-Sunnahku". (Hadis Sahih)

Mafhum secara mendatar kepada hadis ini memanglah sejajar kepada yang anda sebut, iaitu Nabi S.A.W menyuruh kita berpegang kepada Al Quran dan Sunnah, tidak yang lain. Tetapi adakah itu maksud sebenar yang dikehendaki oleh Baginda?

Jika hendak digunakan hadis sebegini untuk mengelirukan orang awam, memang mudah. Hujahnya, Nabi suruh ikut Al Quran dan Sunnah, mengapa perlu ikut ulama ataupun mazhab?

Perkara utama yang kita kena benar-benar faham, bahawa mazhab-mazhab fikah yang muktabar (boleh diterima pakai) adalah mazhab empat yang terkenal iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

Mazhab-mazhab ini masih wujud. Ia diistilahkan sebagai Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Ulama-ulama umumnya bersetuju dan mengakui bahawa keseluruhan mazhab ini tidak menyalahi Al Quran dan Sunnah.

Oleh kerana itu, mengikut mazhab bererti mengikut Al Quran dan As Sunnah, mengikut tafsiran mazhab-mazhab yang terbabit. Jangan sesekali anda menerima kata-kata bahawa berpegang dengan mazhab bererti membelakangi Al Quran dan As Sunnah. Tidak begitu dan sekali-kali tidak.

Berpegang dengan mazhab adalah juga memiliki maksud berpegang dengan Al Quran dan As Sunnah. Pengasas-pengasas mazhab fikah Islam, terdiri daripada ulama-ulama besar yang menghafaz Al Quran dan menghafaz banyak Hadis. Mereka amat mahir dengan Al Quran dan As Sunnah, ingatan mereka terhadap kedua-dua sumber ini amat menakjubkan.

Mereka dianugerahkan akal dan ingatan yang cukup hebat. Ketakwaan yang sungguh genuine (tulen). Mereka amat takut kepada Allah. Takut mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah.

Mazhab-mazhab ini adalah merupakan tafsiran kepada nas-nas hukum dan memperincikannya berdasarkan kefahaman mereka yang mendalam berdasarkan nas syarak. Kelainan dan berbezanya pendapat mereka antara satu sama lain dalam sesuatu masalah, menunjukkan kefahaman mereka kepada nas-nas syarak dan yang mereka berbeza pada umumnya berkaitan dengan soal furu' (cabang), serta dalam ruang lingkup yang dicapai akal mereka, memecahkan kebuntuan dalam menetapkan sesuatu hukum.

Perbezaan ini bukannya menyanggahi sesuatu hukum, malah melebar-luaskannya bagi kemudahan umat Islam mengamalkannya. Tugas mereka ini dipanggil sebagai ijtihad. Ijtihad mereka diperjelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis sahih Baginda (mafhumnya) : "Sesiapa yang berijtihad dan ijtihad mereka bertepatan dengan kehendak syarak, maka Allah memberikan kepadanya dua pahala. Seandainya ijtihad mereka tersasar dengan tidak sengaja maka Allah memberikan kepadanya satu pahala".

Malah ada kaedah yang menyebut bahawa : "Setiap yang berijtihad itu adalah betul".

Bukan sahaja mazhab-mazhab itu yang berbeza, malah antara para Sahabat Baginda sendiri pun menghadapi situasi yang sama iaitu berlakunya perbezaan pandangan sesama mereka, sedangkan mereka berpegang kepada punca hukum yang betul lagi sahih berdasarkan Al Quran dan As Sunnah. Inikan pula pada zaman tabi'en dan selepas tabi'en, iaitu zaman yang kemudiannya disebut atba' at tabi'en.

Tentulah akan berlaku perbezaan pendapat. Ini perkara biasa, seperti juga ulama zaman kita ini. Seluruh ulama berpandukan kepada satu sumber hukum yang sama iaitu Al Quran dan As Sunnah, akan tetapi kefahaman mereka dan tafsiran mereka berbeza. Maka perbezaan itulah dijadikan mazhab oleh orang-orang terdahulu.

Adapun sekiranya anda atau mana-mana orang mampu dan benar-benar mampu memahami Al Quran dan As Sunnah tanpa berhajat untuk merujuk pendapat mana-mana mazhab, maka anda boleh berijtihad sendiri dan mengeluarkan hukum sendiri.

Hukum itu disebut hukum ijtihad. Persoalannya, mampukah anda berbuat demikian?

Jika mampu silakan. Akan tetapi sekiranya kita masih meraba-raba mencari tafsiran dan tidak dapat kita pastikan tafsiran kita betul atau tidak, maka yang mudah dirujuk adalah kepada pendapat atau tafsiran yang wujud seperti dari sumber-sumber mazhab yang saya telah sebutkan.

Jika boleh melebihi mereka, maka teruskan berbuat demikian.

Yang nyata, keilmuan kita tidak sampai sebagaimana yang dimiliki oleh pelopor-pelopor mazhab ini. Kita jauh tertinggal dalam serba serbi. Ilmu kita terhad, akal kita terhad, kepakaran pula lintang pukang, kepintaran mendalami dan memahami nas-nas syarak sering terbantut. Macam-macam lagi kelemahan yang kita ada berbanding dengan ulama-ulama mazhab yang terdahulu.

Maka jalan yang selamat adalah, anda kajilah pandangan-pandangan dalam mazhab ini dan tarjih (pilih) yang mana kal kita yakin dengan hakikat hukum. Itulah dia mazhab, dan ia tetap relevan untuk pegangan kita sekurang-kurangnya sehingga ke hari ini. Mazhab-mazhab fikah dengan segala perbendaharaan hukum-hukum yang ada dalam kitab-kitab terdahulu, masih dilihat sebagai suatu khazanah ilmu yang tinggi nilainya.

Umat Islam pada setiap zaman diajak untuk menghasilkan hukum-hukum fikah berdasarkan kepada keperluan semasa, dengan berijtihad dengan hukum-hukum baru untuk diketengahkan kepada masyarakat. Jika ini boleh, maka semua pihak mengalu-alukan. Sekian, wallahua'lam. Dipetik drpd ~iluvislam~

Friday, June 24, 2011

Yang Haram Tetap Haram,

Jom ambil iktibar !



Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.



beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.



Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.



"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

Friday, June 17, 2011

Install Shine 2.0 Theme For Windows 7.

Walaupun dengan dalam kesibukan study nak exam, masih lagi ada waktu untuk update blog ni. Pernah kah anda mendengar SHiNe 2.0 sebelum ini???.. Pernahkah anda rasa bosan dengan tema-tema asli yang di sediakan dalam pack windows 7 anda? Di sini ada penyelesaiannya. Hehe.

Shine 2.0 merupakan salah satu jenis tema yang sangat-sangat ringkas dan menarik untuk di pakai dalam windows 7. Mungkin tidak ramai yang tahu kerana ianya tidak di iklankan di mana-mana rangkaian.

Anda boleh dapatkannya dengan memuat turun di sini Shine 2.0.

1. Download Universal Theme Patcher Run in it Administrative mode (right-click > "Run as administrator"),


 After patch, restart the computer to take effect.

2.Extract file Shine 2.0.

3.Copy Win7-Shine 2.0.theme & Win7-Shine 2.0 folder into C:\Windows\Resources\Themes
and double-click on Win7-Shine 2.0.theme.

4.Restart.

5.Copy explorerframe.dll in System32 folder and copy the appropreiate explorerframe.dll replacing the original!. Make sure to make a backup of the original in case of instability.


Sorry la bahasa campur-campur pulak! Huhu.. Tak ada masalah rasanya kalau macam ni.. Hehe.

sekarang windows 7 anda akan kelihatan ringkas dan clean.




Selamat Menghilangkan rasa bosan anda!

Wednesday, June 15, 2011

Asal perkataan InsyaALLAH.

Firman Allah:"(Ibrahim) berkata,'Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahwa aku menyembelihmu.Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!''Dia(Ismail) menjawab:"Wahai ayahku lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu;Insyaallah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar."(Surah As-Saffat ayat 102)

Dalam kegentingan itu Nabi Ismail a.s masih tidak tahu amal apa yang akan dikerjakan diakhir hayatnya Nabi Ismail tetap berserah bulat-bulat kepada Allah..Nabi Ismail a.s berkata kepada ayahnya;"Insyaallah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar."(As- Saffat ayat 102)

Teladan yang dapat diambil daripada ayat 102 itu ialah Nabi Ismail a.s tidak mengatakan'ayah akan mendapati aku daripada orang-orang yang sabar.'tetapi Nabi Ismail a.s mengatakan:"Insya Allah."

Maka tahulah kita bahwa anjuran untuk mengatakan Insyaallah telah bermula dari zaman Nabi Ibrahim a.s ,cuba fikirkan sedangkan Nabi Allah pun dianjurkan untuk mengucapkan Insyaallah maka bagaimana pula kita manusia biasa. Biasa kan lah mulut dengan menyebut InsyaALLAH atas segala apa pun urusan yang baik.

Monday, June 13, 2011

Lumrah Hidup.

jatuh bangun
lumrah hidup manusia...
adat bertatih...
ada kala rebah
ada kala petah

tp ingat..
bila kau di atas..
jangan pernah menghina yang dibawah
kerana kau tak selamanya di atas...

dan ingat...
bila kau di bawah..
jangan serik untuk bangun
jangan pernah mengalah..
berjuanglah walau dalam putus asa
kerana mungkin pengakhirannya kau berjaya..

adat orang berjuang tak pernah senang
Ombak derita tak pernah henti
Tenang.. resah..luluh..hiba.. silih berganti
Inilah sunnah...orang berjuang..


kala rebah sabar
kala megah syukur...


~Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya~ Al-baqarah 286

Thursday, June 9, 2011

Bittaufiq Wannajah.


istiqamah lebih baik daripada seribu karamah...renung2kan..dan selamat beramal.bittaufik wannajah..

Tuesday, June 7, 2011

Doa Dan Terus Berdoa


       
Daripada Abdullah ibn Abbas ra, bahawa Rasulullah pernah berdoa: "Ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah, aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan. Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati (Muttafiqun alaih)". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 Doa adalah mustajab bagi orang mukmin. Oleh itu hendaklah berdoa kepada Allah dengan menyerahkan diri dengan penuh keimanan dan bertawakal kepadanya serta memuji sifat-sifatnya.
Setiap hamba Allah hendaklah meletakkan sepenuh harapan kepadanya supaya diterima doanya.
Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:"Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: "Dan berkata Tuhan-Mu: "Berdoalah kepada-Ku..."(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" Doa itu ialah ibadat." (Riwayat Bukhari)
1. Doa adalah Istiksaat (memohon pengampunan dan pertolongan) dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat memberikannya.
2. Orang yang berdoa hendaklah melahirkan kehinaan dan kerendahan diri serta menyatakan hajat dan tunduk kepada Allah sebagai menunjukkan bahawa kita berhajat kepada Allah untuk memperolehi sesuatu yang kita kehendaki.
3. Doa adalah suatu ibadat yang sangat penting kedudukannya dan sangat mahal nilainya bahkan ia adalah pintu yang paling utama daripada pintu-pintu ibadah yang lain dalam meperhambakan diri kepada Allah.
4. Apabila seseorang itu berdoa maka hendaklah ia melakukannya dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab-adabnya. Dengan itu barulah doanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.  
Saat-saat Doa Paling Mustajab
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:"Rasulullah s.a.w membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:"Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T." (Riwayat Muslim)



 Postur sujud ialah menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Ketika Allah meminta para malaikat bersujud kepada nabi Adam a.s bererti inilah tingkat tertinggi dari sebuah penghormatan. Sujud hanyalah untuk Allah S.W.T. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan mengajar kita bahawa tingkat paling tinggi dari rasa hormat adalah " Sujudlah pada Ku." Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud. Itulah sebabnya mengapa umat Islam berbeza daripada umat agama lain. Mereka meletakkan dahinya atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini sekaligus membuang sifat angkuh seseorang dan menggantinya dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung. Inilah nilai kehambaan yang sebenar yang mengundang rahmat dan keberkatan daripada Allah. 


ادْعُواْ رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
BerDoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
(Surah Al-A'raf 7: Ayat Ke 55)

Monday, June 6, 2011

Makanan Genius Islam.

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius – genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.
Saya hanya ingin berkongsi, kerana semua jenis makanan yang tersenarai disini memang mendapat perhatian pengkaji-pengkaji makanan masa kini. Dengan makanan-makanan inilah dijadikan sebagai penawar penyakit-penyakit tertentu. Jom kita Ikuti selanjutnya :
  • Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai ” shifa ‘” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Cara Minum : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Pantang : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!
  • Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Cara makan : i) Menghadap Kiblat  ii) Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)  iii) Baca doa penerang hati iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.  v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
  • Susu Segar – Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu. Cara minum : i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam ii) Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w.
  • Telur- Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  • Halia – Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. halua ialah halia yang dijadikan manis – manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula. Cara Makan : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
  • Limau Oren – Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau – limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
  • Buah Delima – Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
  • Daging Burung Merpati - Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia  mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak – kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak – kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
  • Otak Ayam – Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.
  • Daging Ayam – Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat  pemakanan yang tertinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
  • Daging Biri-Biri – Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
  • Hati – Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
  • Kekacang – Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
  • Buah Badam – Untuk meningkatkan kecerdasan.
  • Za’faran : Komkoma ( Crocos Sativus ) -  Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja.
  • Kemenyan Putih ( kemenyan serani/luban/kundar ) – Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
  • Bunga Kobis – Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
  • Bunga Cengkih – Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.
  • Labu – Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w,”Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata,”Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
  • Buah Kedekai ( Majalawi ) – Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
  • Minyak Sapi – Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan segar – Juga membantu meningkatkan akal dan memori.
Segala perkara yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad SAW dalam artikel ini tidak pasti kesahihannya. Jika sesiapa yang pernah jumpa atau mengetahui bab hadis boleh kemukakan. Atau boleh menghubungi saya. Dan cara makan atau minum mungkin dari amalan Rasulallah atau hanya daripada amalan-amalan orang terdahulu.

Saturday, June 4, 2011

Exam Dah Dekat.

Dalam sedaq tak sedaq exam dah dekat sangat dengan kami yang ada belah oversea ni.. Hehe. Apa pon aku nak ucap good luck la kat member-member dan termasok aku yang akan menduduki exam tu. Dulu kan, kalau nak exam orang semua sibuk study tapi aku kurang ja study bukan tak study lansung cuma kurang ja. Hehe. Besa la. Orang cakap kalau lelaki ni tak suka study awal-awal. Tapi memang realiti la kata-kata yang orang dulu cakap. Pelik kan. ErMmm.. Jadual pun dah keluaQ. Exam kali ni selang sehari ja dari sebelum-sebelum ni.. Naik semak jugaK kepaLa ni. Tapi insyaALLAH. Doakan kaMi kt sini semoga ALLAH tenangkan hati kami di bulan REJAB yang mulia ini. Ameen.


ni jadual kami. tengok pon ketaQ dah. Jom study sikit. Orang kat aambik berkat. Huhu.



Friday, June 3, 2011

Sejarah Di Bulan Rejab

Tahukah anda, REJAB merupakan bulan yang sangat mulia ertinya di sisi ALLAH. Hari ini merupakan 1 Rejab bersamaan 1432 hijrah di mana pelbagai sejarah-sejarah islam yang tercatat di dalam bulan ini. Ingin memanjangkan artikel ini,bulan rejab merupakan bulan yang ketujuh dalam kalendar islam. Ia dinamakan Rejab kerana orang-orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa jua bentuk peperangan pada bulan ini. Di antara kabilah Arab yang ekstrem dalam mengagungkan bulan Rejab ini adalah bani Mudhar. REJAB merupakan salah satu bulan yang di muliakan ALLAH dari empat bulan dalam kalendar islam sepertimana firmannya dalam Surah At-taubah (9) : 36 yang bermaksud -

 Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut:

Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, 


Bagi umat islam umumnya,hendaklah kita memperingati dan memuliakan bulan REJAB ini sempena peristiwa Israk dan Mi'raj. 

Antara peristiwa- peristiwa penting dalam bulan REJAB ini ialah : 


1. Hijrah Pertama.

Hijrah ke Habsyah (etiophia) pihak musyrikin Makkah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulallah S.A.W dan pengikutNya pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu derita yang mereka tanggung kepada Rasulallah. Lalu Rasulallah memerintahkan agar mereka berhijrah ke Habsyah. Hijrah ini bertujuan untuk menyelamatkan iman dan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Habsyah di pilih kerana sikap rajanya yang dikenali dengan Toleransi dan terbuka pemikirannya. Di antara mereka yang berhijrah ke sana ialah Saiyidina Othman RA dan isterinya Roqiyah anak Rasulallah S.A.W bersama 14 orang termasuk 4 wanita.


2. Peristiwa Israk Mi'raj.
Seperti mana yang kita ketahui,bulan rejab juga merupakan bulan kedukaan bagi baginda Nabi Muhammad S.A.W . Demikianlah Allah swt telah menghiburkan Nabi saw dengan peristiwa Israk dan Mikraj – membasuh kedukaan dan kenestapaan yang bersarang di hati Rasulullah.
Israk bererti perjalanan Nabi saw dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini dirakamkan dalam al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud:

            “Maha suci Allah yang telah menperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haraam (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. Al-Israa’:1)

Mikraj pula bermaksud perjalanan baginda saw dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, sebagaimana digambarkan dalam al—Quran yang bermaksud:

            “Dan demi sesungguhnya! (Nabi saw) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi Sidartulmuntaha; yang di sisinya terletak syurga Jannatul-Makwa. Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa Sidratulmuntaha itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemendangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” (Q.S. An-Najm: 13-18)

Semasa dalam perjalanan israk dan mikraj ini Nabi saw telah diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa suka dan duka; menghibur dan menakutkan silih berganti. Nabi saw diiringi oleh Malaikat Jibril  sepanjang peristiwa Israk dan Mikraj ini (kecuali ketika Rasullah saw ke SidratulMuntaha bertemu Allah swt)). Nabi saw ditunjukkan pelbagai bentuk penyeksaan ketika meninjau neraka. Misalnya Nabi saw diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, pecah dan kemudian bertaut kembali seperti sediakala. Ini  adalah hukuman bagi mereka yang ingkar mengerjakan solat. Nabi juga melihat seksaan terhadap pemakan riba, penzina, pengumpat, pembuat fitnah dan lain-lain. Ini semua memberi peringatan agar kita menjauhinya semasa di dunia ini.
Nabi juga melihat keseronokan dan kesukaan mereka yang berada di dalam syurga. Nabi tercium bau yang semerbak daripada Mashitah, tukang sisir rambut anak Firaun.  Nabi juga melihat sekumpulan orang yang tidak putus-putus menuai hasil (tanaman)- menandakan bahawa  balasan bagi mereka yang suka menderma dan bersedekah semasa hayat mereka. Peristiwa besar dalam Israk dan Mikraj ini ialah apabila Rasulullah saw menerima perintah mengerjakan solat. Berbeza dengan ibadat lain seperi puasa, haji, zakat, ibadat solat diterima secara langsung daripada Allah swt.

Sesungguhnya peristiwa yang berlaku ke atas Nabi saw ini mencetuskan kontroversi di kalangan  masyarakat Arab pada masa itu. Mereka tidak yakin dengan cerita Rasullah diisrak dan dimikrajkan dalam masa semalaman sahaja. Mereka menganggap itu hanyalah khayalan belaka. Bahkan tidak lebih daripada  mainan mimpi. Malah bagi mereka yang sedia memusuhi baginda saw terus melemparkan tohmahan mengatakan: Muhammad sudah gila! Mana mungkin pada akal mereka, perjalanan dari Mekah ke Palestin dengan kenderaan unta mengambil masa selama sebulan, boleh dilakukan oleh Nabi hanya semalaman sahaja.  Begitu juga mereka juga menolak dakwaan Nabi saw naik ke langit juga pada malam yang sama. Mereka memperolok-olokkan baginda saw dengan pelbagai ejekan. Mereka menolak mentah-mentah apa yang Nabi ceritakan.

Bagi orang-orang Arab yang memang menentang Nabi saw, mereka menjaja ke merata tempat peristiwa yang dianggap ganjil ini. Bagi mereka yang mula menunjukkan minat agama yang dibawa Muhammad saw, mula menjauhkan diri. Mereka yang lemah iman pula terus tertewas dan kembali kepada agama asal .Namun bagi mereka yang kuat iman, tetap tidak berganjak dan tetap mengakui kebenaran Muhammad saw. Saidina Abu Bakar sendiri tanpa ragu-ragu mengiakan apa yang Nabi saw alami. Justeru beliau digelar asSidiq (benar).

Sesungguhnya dengan kuasa Allah dan kehendakNya apa sahaja boleh berlaku. Nabi saw menggunakan kenderaan Buraq (sepantas kilat) dalam peristiwa Israk dan Mikraj ini. Sekiranya ia berlaku pada zaman ini, mungkin tidak siapa yang menganggap ia suatu yang mustahil. Dengan menggunakan kenderaan moden serta canggih seperti yang terdapat masa kini, beritahu sahaja ke mana sahaja ceruk rantau kita jelajahi tetap dipercayai, sekiranya kita berkemampuan. Dengan kemahuan dan keupayaan kita  boleh sampai ke bulan atau lain-lain planet, juga menjejak kaki ke mana-mana sahaja yang kita hajati.


3. Perang Tabuk.


Perang ini di namakan perang tabuk sempena dengan  nama satu tempat di utara semenanjung tanah arab di mana Rasulallah S.A.W berkumpul bersama tentera-tenteranya seramai 30 000 orang. Pertempuran tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam pada masa itu yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran. 


4. Pembebasan Baitulmaqdis.


Baitulmaqdis telah di buka pada zaman Saiyidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan ummat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat kristian (tentera salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun di kuasai oleh pemerintah Islam. Tentera salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum di bebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali kota suci itu dari tangan tentera salib pada hari Jumaat 27 REJAB 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H,umat yahudi pula menawan Baitulmaqdis (Palestin) dan menamakan dengan nama ISRAEL bagi negara baru mereka.


5. Kelahiran Imam Syafie RH.


Nama sebenar beliau ialah Muhammad Bin Idris. Beliau merupakan kelahiran Ghuzah,Palestin. Dia dilahirkan pada 150H bersamaan 767 masihi dalam bulan REJAB. Beliau adalah salah seorang Imam dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Kita rakyat Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Di antara peninggalan beliau yang tiada ternilai harganya ialah kitab al-umm dan juga merupakan rujukan dalam hukum Fiqh pada zaman sekarang.


Marilah sama-sama kita menghayatinya dengan amalan-amalan kebaikan. Supaya beroleh keberkatan dan kenikmatan yang dijanjikan ALLAH kelak. 





KAMI BLOGGER UTAGHA

Ini merupakan salah satu syarat untuk aku dan para-para blogger menyertai Kami Blogger Utagha. Apa pon kita kena sokong sebab bukan senang nak himpun para-para blogger ni. Walaupun aku dan sahabat-sahabat lain ada kat luaQ negara,kami tetap sokong GKSB. Hehe.

Nak di pendekkan cerita, aku ni berasal dari Pekan Langgar,Alor Star,Kedah. Sekarang menetap kt Bercham,Ipoh,Perak (utagha jugak tu). Merupakan anak kelahiran kedah sebab kat dalam i/C tulis 02. Alhamdulillah la kan lahir kt negeri yang di katakan Jelapang Padi. Di sebabkan aku jauh dari kampungku yang tercinta sememangnya la amat merindui KEDAH.






Terlupa pulak nk habaq. Aku ni menuntut kat luaQ negara. Nak senang cerita lagi tentang aku,boleh terus ke MyFacebook Hehe. InsyaALLAH selalu la jugak online.

kredit to GaDis KaMpuNg sEpaRA BanDar - KaMi bLoGGer uTaGhA


Thursday, June 2, 2011

Berjinak-jinak Di Alam Penulisan

Dalam proses berusaha untuk mem-publishkan apa yang patut ke dalam blog ni. Aku ni baru sangat-sangat dalam bidang ni. Perjalanan blog ni mungkin mengambil sedikit masa sebab biasa la masih baru kan. Kepada yang profesional tu tunjuk-tunjuk la sikit macam mana nak bagi best sikit orang view. Hehe..
Dalam blog ni mungkin berbagai-bagai post akan aku post kan mengikut kesesuaian la. Aku akan cuba mendalami bidang ni sedaya yang mungkin supaya orang tak ada lansung rasa boring nak view My Site ni.

Segala teguran yang membina akan di terima dari mana-mana pihak. Satu lagi,jangan lupa tinggalkan komen anda tentang perjalanan blog ni. Jangan risau takut aku touching pulak dengan teguran-teguran tu. Aku ok ja. Hehe..

Semenjak dua menjak ni aku minat sangat berqasidah ni. Insyaallah dengan post yang pertama ni, mai kita layan sikit madih ni untuk menunjukkan rasa cintanya kita kepada kekasih ALLAH Nabi Muhammad S.A.W ..







كل القلوب..كل القلوب الى الحبيب تميل
ومعي بذلك شاهد ودليل
اما الدليل اذا ذكرت محمدا
سارت دموع العاشقين تسيل
هذا رسول الله..هذا المصطفى..هذا لرب العالمين خليل..

المدد..المدد..المدد يا رسول الله..
المدد..المدد..المدد يا حبيب الله..

رب وجعل مجتمعنا..
غاية حسن الختام..
اكرم الارواح منك..
بلقأ خير الأنام..

المدد..المدد..المدد يا رسول الله..
المدد..المدد..المدد يا حبيب الله..

رب ان قد دعونك..
اعطنا ما قد رجونك..
هبانا فى دين عونك..
بالصلاة على محمد..

المدد..المدد..المدد يا رسول الله..
المدد..المدد..المدد يا حبيب الله..

مدد..مدد..مدد..مدد..يا رسول الله..
مدد..مدد..مدد..مدد..يا حبيب الله

سيدى صحب الحضرة..
اكرمنا منك بنضرة..
سيدى يا اب الزهرأ..
والقاسيم وعبدالله..

مدد..مدد..مدد..مدد..يا رسول الله..
مدد..مدد..مدد..مدد..يا حبيب الله..

سيدى انت الحبيب..
بذكرك قلب يا طيب..
سيدى حاش يا خيب..
من لها برسول الله..

مدد..مدد..مدد..مدد..يا رسول الله..
مدد..مدد..مدد..مدد..يا حبيب الله..

سيدى انت المختار..
بمدحك تجل الاقدار..
سيدى جرنا من النار..
بجاهك يا رسول الله..

مدد..مدد..مدد..مدد..يا رسول الله..
مدد..مدد..مدد..مدد..يا حبيب الله..

يا رب بهم وبألهم..
عجل بالنصر وبالفرج..

وارحم يا اكرام من رحم..
عبدا عند بكلم يا عوجى..
وختم عملى بخواتمها..
بأكون غدا فى الحشر نجى..

يا رب بهم وبألهم..
عجل بالنصر وبالفرج..

لاكن بجعدك معترف..
تقبل بمعادن يا حججى..
واذا بكضاق الأمر فقل..
اشتد ازمة تنفرج..

يا رب بهم وبألهم..
عجل بالنصر وبالفرج..