Monday, June 6, 2011

Makanan Genius Islam.

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius – genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.
Saya hanya ingin berkongsi, kerana semua jenis makanan yang tersenarai disini memang mendapat perhatian pengkaji-pengkaji makanan masa kini. Dengan makanan-makanan inilah dijadikan sebagai penawar penyakit-penyakit tertentu. Jom kita Ikuti selanjutnya :
  • Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai ” shifa ‘” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Cara Minum : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Pantang : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!
  • Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Cara makan : i) Menghadap Kiblat  ii) Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)  iii) Baca doa penerang hati iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.  v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
  • Susu Segar – Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu. Cara minum : i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam ii) Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w.
  • Telur- Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  • Halia – Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. halua ialah halia yang dijadikan manis – manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula. Cara Makan : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
  • Limau Oren – Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau – limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
  • Buah Delima – Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
  • Daging Burung Merpati - Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia  mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak – kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak – kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
  • Otak Ayam – Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.
  • Daging Ayam – Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat  pemakanan yang tertinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
  • Daging Biri-Biri – Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
  • Hati – Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
  • Kekacang – Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
  • Buah Badam – Untuk meningkatkan kecerdasan.
  • Za’faran : Komkoma ( Crocos Sativus ) -  Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja.
  • Kemenyan Putih ( kemenyan serani/luban/kundar ) – Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
  • Bunga Kobis – Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
  • Bunga Cengkih – Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.
  • Labu – Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w,”Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata,”Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
  • Buah Kedekai ( Majalawi ) – Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
  • Minyak Sapi – Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan segar – Juga membantu meningkatkan akal dan memori.
Segala perkara yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad SAW dalam artikel ini tidak pasti kesahihannya. Jika sesiapa yang pernah jumpa atau mengetahui bab hadis boleh kemukakan. Atau boleh menghubungi saya. Dan cara makan atau minum mungkin dari amalan Rasulallah atau hanya daripada amalan-amalan orang terdahulu.

Saturday, June 4, 2011

Exam Dah Dekat.

Dalam sedaq tak sedaq exam dah dekat sangat dengan kami yang ada belah oversea ni.. Hehe. Apa pon aku nak ucap good luck la kat member-member dan termasok aku yang akan menduduki exam tu. Dulu kan, kalau nak exam orang semua sibuk study tapi aku kurang ja study bukan tak study lansung cuma kurang ja. Hehe. Besa la. Orang cakap kalau lelaki ni tak suka study awal-awal. Tapi memang realiti la kata-kata yang orang dulu cakap. Pelik kan. ErMmm.. Jadual pun dah keluaQ. Exam kali ni selang sehari ja dari sebelum-sebelum ni.. Naik semak jugaK kepaLa ni. Tapi insyaALLAH. Doakan kaMi kt sini semoga ALLAH tenangkan hati kami di bulan REJAB yang mulia ini. Ameen.


ni jadual kami. tengok pon ketaQ dah. Jom study sikit. Orang kat aambik berkat. Huhu.



Friday, June 3, 2011

Sejarah Di Bulan Rejab

Tahukah anda, REJAB merupakan bulan yang sangat mulia ertinya di sisi ALLAH. Hari ini merupakan 1 Rejab bersamaan 1432 hijrah di mana pelbagai sejarah-sejarah islam yang tercatat di dalam bulan ini. Ingin memanjangkan artikel ini,bulan rejab merupakan bulan yang ketujuh dalam kalendar islam. Ia dinamakan Rejab kerana orang-orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa jua bentuk peperangan pada bulan ini. Di antara kabilah Arab yang ekstrem dalam mengagungkan bulan Rejab ini adalah bani Mudhar. REJAB merupakan salah satu bulan yang di muliakan ALLAH dari empat bulan dalam kalendar islam sepertimana firmannya dalam Surah At-taubah (9) : 36 yang bermaksud -

 Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut:

Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, 


Bagi umat islam umumnya,hendaklah kita memperingati dan memuliakan bulan REJAB ini sempena peristiwa Israk dan Mi'raj. 

Antara peristiwa- peristiwa penting dalam bulan REJAB ini ialah : 


1. Hijrah Pertama.

Hijrah ke Habsyah (etiophia) pihak musyrikin Makkah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulallah S.A.W dan pengikutNya pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu derita yang mereka tanggung kepada Rasulallah. Lalu Rasulallah memerintahkan agar mereka berhijrah ke Habsyah. Hijrah ini bertujuan untuk menyelamatkan iman dan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Habsyah di pilih kerana sikap rajanya yang dikenali dengan Toleransi dan terbuka pemikirannya. Di antara mereka yang berhijrah ke sana ialah Saiyidina Othman RA dan isterinya Roqiyah anak Rasulallah S.A.W bersama 14 orang termasuk 4 wanita.


2. Peristiwa Israk Mi'raj.
Seperti mana yang kita ketahui,bulan rejab juga merupakan bulan kedukaan bagi baginda Nabi Muhammad S.A.W . Demikianlah Allah swt telah menghiburkan Nabi saw dengan peristiwa Israk dan Mikraj – membasuh kedukaan dan kenestapaan yang bersarang di hati Rasulullah.
Israk bererti perjalanan Nabi saw dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini dirakamkan dalam al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud:

            “Maha suci Allah yang telah menperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haraam (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. Al-Israa’:1)

Mikraj pula bermaksud perjalanan baginda saw dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, sebagaimana digambarkan dalam al—Quran yang bermaksud:

            “Dan demi sesungguhnya! (Nabi saw) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi Sidartulmuntaha; yang di sisinya terletak syurga Jannatul-Makwa. Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa Sidratulmuntaha itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemendangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” (Q.S. An-Najm: 13-18)

Semasa dalam perjalanan israk dan mikraj ini Nabi saw telah diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa suka dan duka; menghibur dan menakutkan silih berganti. Nabi saw diiringi oleh Malaikat Jibril  sepanjang peristiwa Israk dan Mikraj ini (kecuali ketika Rasullah saw ke SidratulMuntaha bertemu Allah swt)). Nabi saw ditunjukkan pelbagai bentuk penyeksaan ketika meninjau neraka. Misalnya Nabi saw diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, pecah dan kemudian bertaut kembali seperti sediakala. Ini  adalah hukuman bagi mereka yang ingkar mengerjakan solat. Nabi juga melihat seksaan terhadap pemakan riba, penzina, pengumpat, pembuat fitnah dan lain-lain. Ini semua memberi peringatan agar kita menjauhinya semasa di dunia ini.
Nabi juga melihat keseronokan dan kesukaan mereka yang berada di dalam syurga. Nabi tercium bau yang semerbak daripada Mashitah, tukang sisir rambut anak Firaun.  Nabi juga melihat sekumpulan orang yang tidak putus-putus menuai hasil (tanaman)- menandakan bahawa  balasan bagi mereka yang suka menderma dan bersedekah semasa hayat mereka. Peristiwa besar dalam Israk dan Mikraj ini ialah apabila Rasulullah saw menerima perintah mengerjakan solat. Berbeza dengan ibadat lain seperi puasa, haji, zakat, ibadat solat diterima secara langsung daripada Allah swt.

Sesungguhnya peristiwa yang berlaku ke atas Nabi saw ini mencetuskan kontroversi di kalangan  masyarakat Arab pada masa itu. Mereka tidak yakin dengan cerita Rasullah diisrak dan dimikrajkan dalam masa semalaman sahaja. Mereka menganggap itu hanyalah khayalan belaka. Bahkan tidak lebih daripada  mainan mimpi. Malah bagi mereka yang sedia memusuhi baginda saw terus melemparkan tohmahan mengatakan: Muhammad sudah gila! Mana mungkin pada akal mereka, perjalanan dari Mekah ke Palestin dengan kenderaan unta mengambil masa selama sebulan, boleh dilakukan oleh Nabi hanya semalaman sahaja.  Begitu juga mereka juga menolak dakwaan Nabi saw naik ke langit juga pada malam yang sama. Mereka memperolok-olokkan baginda saw dengan pelbagai ejekan. Mereka menolak mentah-mentah apa yang Nabi ceritakan.

Bagi orang-orang Arab yang memang menentang Nabi saw, mereka menjaja ke merata tempat peristiwa yang dianggap ganjil ini. Bagi mereka yang mula menunjukkan minat agama yang dibawa Muhammad saw, mula menjauhkan diri. Mereka yang lemah iman pula terus tertewas dan kembali kepada agama asal .Namun bagi mereka yang kuat iman, tetap tidak berganjak dan tetap mengakui kebenaran Muhammad saw. Saidina Abu Bakar sendiri tanpa ragu-ragu mengiakan apa yang Nabi saw alami. Justeru beliau digelar asSidiq (benar).

Sesungguhnya dengan kuasa Allah dan kehendakNya apa sahaja boleh berlaku. Nabi saw menggunakan kenderaan Buraq (sepantas kilat) dalam peristiwa Israk dan Mikraj ini. Sekiranya ia berlaku pada zaman ini, mungkin tidak siapa yang menganggap ia suatu yang mustahil. Dengan menggunakan kenderaan moden serta canggih seperti yang terdapat masa kini, beritahu sahaja ke mana sahaja ceruk rantau kita jelajahi tetap dipercayai, sekiranya kita berkemampuan. Dengan kemahuan dan keupayaan kita  boleh sampai ke bulan atau lain-lain planet, juga menjejak kaki ke mana-mana sahaja yang kita hajati.


3. Perang Tabuk.


Perang ini di namakan perang tabuk sempena dengan  nama satu tempat di utara semenanjung tanah arab di mana Rasulallah S.A.W berkumpul bersama tentera-tenteranya seramai 30 000 orang. Pertempuran tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam pada masa itu yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran. 


4. Pembebasan Baitulmaqdis.


Baitulmaqdis telah di buka pada zaman Saiyidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan ummat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat kristian (tentera salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun di kuasai oleh pemerintah Islam. Tentera salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum di bebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali kota suci itu dari tangan tentera salib pada hari Jumaat 27 REJAB 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H,umat yahudi pula menawan Baitulmaqdis (Palestin) dan menamakan dengan nama ISRAEL bagi negara baru mereka.


5. Kelahiran Imam Syafie RH.


Nama sebenar beliau ialah Muhammad Bin Idris. Beliau merupakan kelahiran Ghuzah,Palestin. Dia dilahirkan pada 150H bersamaan 767 masihi dalam bulan REJAB. Beliau adalah salah seorang Imam dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Kita rakyat Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Di antara peninggalan beliau yang tiada ternilai harganya ialah kitab al-umm dan juga merupakan rujukan dalam hukum Fiqh pada zaman sekarang.


Marilah sama-sama kita menghayatinya dengan amalan-amalan kebaikan. Supaya beroleh keberkatan dan kenikmatan yang dijanjikan ALLAH kelak.