"Cerdasnya
orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang
sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup,
tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati
itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari
mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu
berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi
mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan
penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya
sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih
dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan
masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan
kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana
panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman
untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka
bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang
bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus
kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu
Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu
solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua
doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang
bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu
harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah
ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling
bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga
jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme
dan hedonisme.
0 comments:
Post a Comment