Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan Kareem..

Dah lama rasanya tak menulis rasa macam kaku pulak nak menaip ni.. Dalam sedar tak sedar kita sekarang dah sampai di bulan RAMADHAN bulan maghfirah.. Dalam masa yang singkat ni lah kita nak berlumba-lumba untuk mengerjakan amal ibadah semampu mungkin.. Moga-moga kita tak terlepas dari beramal amal kebaikan di dalam mengisi masa-masa kosong di dalamnya.. Andai ada yang lalai,tolong ingatkan..Andai ada yang terlambat,cepatkan..Andai ada yang berselisih,satukan..jika segalanya di perkenankan insyaallah baik dunia akhirat. Dalam kesempatan yang ada, ingin diriku di sini memohon kemaafan jika ada yang terasa sepanjang perkenalan.. Mohon Doa Semoga Baik-Baik Hendaknya..

Tanggal 1 ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H maka bermulalah segala catitan akan amal kita di bulan yang penuh maghfirah ini. Sebelum itu,jangan lupa niat pada malam hari. Moga dikuatkan hati dalam menempuhinya. Salam Ramadhan Kareem.. Kullu sanah wenta bikheirr..

Thursday, June 30, 2011

Adakah Salah???

Soalan : Mazhab-mazhab fikah yang dijadikan rujukan dan panduan sehingga sekarang ini, ditulis entah kurun ke berapa dan mazhab-mazhab tersebut telah melalui zaman yang terlalu jauh dengan masa kini. Bolehkah kita merujuk kembali kepada hukum-hukum fikah dalam mazhab-mazhab tersebut, sedangkan Rasulullah mengarahkan kita untuk merujuk kepada dua sumber utama dalam ajaran Islam, dan dengan Al Quran dan Sunnah itu sendiri kita mampu mencari jawapan pada hukum-hukum mengenai persoalan feqh. Semoga jawapan Dato' merungkai kekeliruan ini. 
[Dijawab oleh Dato' Dr.Haron Din] - Kekeliruan anda adalah juga kekeliruan ramai orang sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana terpengaruh dengan kata-kata sesetengah ilmuan bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda (mafhumnya) : "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang kepada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Al Quranul Karim dan Sunnah-Sunnahku". (Hadis Sahih)

Mafhum secara mendatar kepada hadis ini memanglah sejajar kepada yang anda sebut, iaitu Nabi S.A.W menyuruh kita berpegang kepada Al Quran dan Sunnah, tidak yang lain. Tetapi adakah itu maksud sebenar yang dikehendaki oleh Baginda?

Jika hendak digunakan hadis sebegini untuk mengelirukan orang awam, memang mudah. Hujahnya, Nabi suruh ikut Al Quran dan Sunnah, mengapa perlu ikut ulama ataupun mazhab?

Perkara utama yang kita kena benar-benar faham, bahawa mazhab-mazhab fikah yang muktabar (boleh diterima pakai) adalah mazhab empat yang terkenal iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

Mazhab-mazhab ini masih wujud. Ia diistilahkan sebagai Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Ulama-ulama umumnya bersetuju dan mengakui bahawa keseluruhan mazhab ini tidak menyalahi Al Quran dan Sunnah.

Oleh kerana itu, mengikut mazhab bererti mengikut Al Quran dan As Sunnah, mengikut tafsiran mazhab-mazhab yang terbabit. Jangan sesekali anda menerima kata-kata bahawa berpegang dengan mazhab bererti membelakangi Al Quran dan As Sunnah. Tidak begitu dan sekali-kali tidak.

Berpegang dengan mazhab adalah juga memiliki maksud berpegang dengan Al Quran dan As Sunnah. Pengasas-pengasas mazhab fikah Islam, terdiri daripada ulama-ulama besar yang menghafaz Al Quran dan menghafaz banyak Hadis. Mereka amat mahir dengan Al Quran dan As Sunnah, ingatan mereka terhadap kedua-dua sumber ini amat menakjubkan.

Mereka dianugerahkan akal dan ingatan yang cukup hebat. Ketakwaan yang sungguh genuine (tulen). Mereka amat takut kepada Allah. Takut mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah.

Mazhab-mazhab ini adalah merupakan tafsiran kepada nas-nas hukum dan memperincikannya berdasarkan kefahaman mereka yang mendalam berdasarkan nas syarak. Kelainan dan berbezanya pendapat mereka antara satu sama lain dalam sesuatu masalah, menunjukkan kefahaman mereka kepada nas-nas syarak dan yang mereka berbeza pada umumnya berkaitan dengan soal furu' (cabang), serta dalam ruang lingkup yang dicapai akal mereka, memecahkan kebuntuan dalam menetapkan sesuatu hukum.

Perbezaan ini bukannya menyanggahi sesuatu hukum, malah melebar-luaskannya bagi kemudahan umat Islam mengamalkannya. Tugas mereka ini dipanggil sebagai ijtihad. Ijtihad mereka diperjelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis sahih Baginda (mafhumnya) : "Sesiapa yang berijtihad dan ijtihad mereka bertepatan dengan kehendak syarak, maka Allah memberikan kepadanya dua pahala. Seandainya ijtihad mereka tersasar dengan tidak sengaja maka Allah memberikan kepadanya satu pahala".

Malah ada kaedah yang menyebut bahawa : "Setiap yang berijtihad itu adalah betul".

Bukan sahaja mazhab-mazhab itu yang berbeza, malah antara para Sahabat Baginda sendiri pun menghadapi situasi yang sama iaitu berlakunya perbezaan pandangan sesama mereka, sedangkan mereka berpegang kepada punca hukum yang betul lagi sahih berdasarkan Al Quran dan As Sunnah. Inikan pula pada zaman tabi'en dan selepas tabi'en, iaitu zaman yang kemudiannya disebut atba' at tabi'en.

Tentulah akan berlaku perbezaan pendapat. Ini perkara biasa, seperti juga ulama zaman kita ini. Seluruh ulama berpandukan kepada satu sumber hukum yang sama iaitu Al Quran dan As Sunnah, akan tetapi kefahaman mereka dan tafsiran mereka berbeza. Maka perbezaan itulah dijadikan mazhab oleh orang-orang terdahulu.

Adapun sekiranya anda atau mana-mana orang mampu dan benar-benar mampu memahami Al Quran dan As Sunnah tanpa berhajat untuk merujuk pendapat mana-mana mazhab, maka anda boleh berijtihad sendiri dan mengeluarkan hukum sendiri.

Hukum itu disebut hukum ijtihad. Persoalannya, mampukah anda berbuat demikian?

Jika mampu silakan. Akan tetapi sekiranya kita masih meraba-raba mencari tafsiran dan tidak dapat kita pastikan tafsiran kita betul atau tidak, maka yang mudah dirujuk adalah kepada pendapat atau tafsiran yang wujud seperti dari sumber-sumber mazhab yang saya telah sebutkan.

Jika boleh melebihi mereka, maka teruskan berbuat demikian.

Yang nyata, keilmuan kita tidak sampai sebagaimana yang dimiliki oleh pelopor-pelopor mazhab ini. Kita jauh tertinggal dalam serba serbi. Ilmu kita terhad, akal kita terhad, kepakaran pula lintang pukang, kepintaran mendalami dan memahami nas-nas syarak sering terbantut. Macam-macam lagi kelemahan yang kita ada berbanding dengan ulama-ulama mazhab yang terdahulu.

Maka jalan yang selamat adalah, anda kajilah pandangan-pandangan dalam mazhab ini dan tarjih (pilih) yang mana kal kita yakin dengan hakikat hukum. Itulah dia mazhab, dan ia tetap relevan untuk pegangan kita sekurang-kurangnya sehingga ke hari ini. Mazhab-mazhab fikah dengan segala perbendaharaan hukum-hukum yang ada dalam kitab-kitab terdahulu, masih dilihat sebagai suatu khazanah ilmu yang tinggi nilainya.

Umat Islam pada setiap zaman diajak untuk menghasilkan hukum-hukum fikah berdasarkan kepada keperluan semasa, dengan berijtihad dengan hukum-hukum baru untuk diketengahkan kepada masyarakat. Jika ini boleh, maka semua pihak mengalu-alukan. Sekian, wallahua'lam. Dipetik drpd ~iluvislam~

Friday, June 24, 2011

Yang Haram Tetap Haram,

Jom ambil iktibar !



Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.



beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.



Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.



"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...